Jumaat, 12 April 2013

Jodoh Dan Ajal

Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahu Akbar. Allahuma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad. Bismillahirrahmanirrahim :)


gambar sekadar hiasan :)
         
             Kau cinta pertamaku dan aku cinta pertamamu..tersenyum sendiri bila dikenangkan zaman cinta-cinta ni..aku mula bercinta semasa tingkatan 2 (2007) dan bercinta dengan budak TAHUN 6 . Tua muda cintaku... aiseh..biasalah, masih budak-budak masa tu.. dating pun x bercakap dan senyum-senyum jak..haha..sangat romantis (lahhsangattt) dan masih belum matang. Budak Papar lelaki tu. Boleh percaya? hubungan tidak la terlalu lama tapi masih dalam ingatan :') sekarang aku lepasan STPM dan dia (budak lelaki tu) lepasan SPM.. cepatnya masa berlalu...
     
              Sekarang barulah aku perasan jahilnya aku yang dulu... Sekarang aku sudah dewasa.. Semua berubah.. Aku bukan budak-budak lagi..."saya ok,saya dah besarrr".. In syaa Allah.. Kalau ada jodoh, kahwin la dengan sesiapa yang ditentukan oleh Allah.. hehe.. Ibubapa lagi penting buat masa ni.. Aku mesti belajar dan gembirakan ibu bapaku dahulu.. Memperbaiki diriku termasuklah ibadahku untuk persediaan.. Ajal maut di tangan Allah... Itu lebih penting kerana mautlah yang paling hampir dengan kita sebenarnya.. Persediaan mana yang kita patut pilih Jodoh atau Ajal ? bagi aku persediaan untuk menghadapi mautlah yang patut kita pilih..
macam mana dengan kamu?
Kenapa sibuk cari cinta ?
Takut jadi andartu @ bujang terlajak? tapi mungkin yang baca entri masih muda bha kaaaaan?
Macam mana kalau tidak sempat bercinta, maut mendahului walhal amal belum cukup?
tua bukan syarat manusia menghadapi maut ok~ ada jgk yang meninggal muda~
macam mana klau "dating" dan tiba-tiba ajal datang? naaaaananaaannn~
Tidak takut ka kalau itu terjadi ?
Bercinta selepas nikah ni bagus jgk kan ?
Tetapi ramai jgk tidak setuju..
dan yang tidak setuju tu mungkin tengah bercinta sekarang, kan? hehe..
Terpulanglah kepada diri kita sendiri :) dan aku tidak menyalahkan sesiapa ~
mesti ada yang cakap "ini semua poyo" "bajet Islamic konon" kn? haha
xpalah, mulut anda hak anda :') 

Apa-apa pun, aku masih belum cukup ilmu membahas soal ini dan tidak berpengalaman sangat.. Aku hanya cakap berdasarkan pandanganku pandanganku pandanganku dan mungkin pandangan kita tidak sama. 

Kesimpulannya(lama sudah xguna perkataan ni), Allah Maha Mengetahui, 
kita hanya merancang dan Dialah yang menentukan.. 
Bila sampai masanya nanti, Allah akan tunjukkan yang terbaik untuk kita masing-masing.. 

''Seseorang perempuan yang tidak di sangka-sangka dipinang orang kemudian berkahwin dan perkahwinannya kekal sehingga ke anak cucu. .Itulah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Begitu juga seorang yang sudah lama bercinta dan berjanji untuk untuk berkahwin namun mereka gagal berkahwin, juga dikatakan sebagai jodoh pertemuan itu di tangan tuhan."

hehe..(senyum sendiri bila ckp pasal jodoh dan cinta manusia ni..)
Aku pun manusia biasa jgk, tidak sempurna..kn?
maafkan aku kalau aku salah :'(
Nasihati aku kalau-kalau ada yang salah..
Assalamualaikum :')

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...