Isnin, 15 Julai 2013

Alhamdulillah, Rezeki di Bulan Suci Ramadhan.

Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahu Akbar. 
Allahuma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad. 
Bismillahirrahmanirrahim :)

Assalamualaikum..
Lama xblogging..hehe
    Sahabatku call td..rindu dgn dia..dia ceritakan keadaannya di Kolej jururawat Tawau..dia cerita tentang kawan sebiliknya dan kawannya yang lain.. dia sebilik dengan non-muslim..dia ditanya "kenapa mesti solat hari-hari?" dia pun jawab yang solat setiap hari memang kewajiban sebagai seorang muslim.. kawan sebiliknya tu hairan dengan kawan islam yang lain tapi tidak solat.. hmm.. orang islam tapi tidak melakukan kewajiban.. ni la yang orang cakap puasa tapi tidak solat...sanggup berlapar sepanjang hari tetapi solat sekejap jak pun xsanggup.. semoga dorang cepat berhijrah..amiin

Lain cerita, dia gembira sangat aku dapat course Pendidikan Ekonomi UMS tu.. tu rezekiku di bulan Ramadhan ni..1st time dapat tahu yang aku dpt course tu, memang aku down sikittt jak..sebab "pendidikan".. aku risau sebab susah jadi Cikgu sekarang ni..apatah lagi masa akan datang..risau,tapi aku sedar yang aku sepatutnya bersyukur.. ya.. bersyukur..Alhamdulillah.. selepas tu...banyak benda yang melegakan kerisauanku.. aku pun berfikir :

1) tidak semua orang dapat course tu..ada orang maw tapi xdapat..so, bersyukur la.
2) ibubapaku gembira dan aku sepatutnya gembira.dorang suka sangat kalau aku dapat jadi Cikgu suatu hari nanti.
3) mungkin susah jadi Cikgu, tapi kalau itu memang rezekiku, insyaAllah boleh!
4) kakak cakap di PPD, kebanyakan guru baru untuk sekolah semua diambil dari UMS.
5) kakak suruh masuk group untuk pelajar baharu UMS di fb. Baca post-post dorang menjadikan semangatku bertambah. Alhamdulillah.
6) aku terfikir tentang selera makanku, dengar dari kkakku yang di UKM tu, makanannya lg sedap di Sabah kalau untuk aku sebab aku ni pemilih sikit.
7) lagi pun UMS kan dekat, nanti raya haji boleh pulang.
8) aku pun sdh pernah tinggal d UMS, aku dapat Kg E dan aku pernah stay di kediaman tu time temuduga dulu.
9) insyaAllah, tidak menyusahkan ibubapa. lagi pun bapaku selalu juga ke KK. banyak family lain.
10) banyak dorongan dari sahabat-sahabat tercinta.. cehh


yaa, tu la sebabnya aku mesti bersyukur :) terima kasih ya Allah.

Yaa Allah, kau permudahkanlah urusanku, sihatkan ibubapaku, sahabatku, lindungilah kami, berkatilah kami. aamiiin

ok lah, kalau masuk U ni banyak urusan, so kita jumpa di lain entry k? Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...