Selasa, 30 April 2013

Gambar Hari Jubah Kami :)

     Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahu Akbar. Allahuma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad. Bismillahirrahmanirrahim :)


Assalamualaikum sahabat-sahabatku :)  
ada masa free begini sangat berbaloi kalau updated blog.

lagi pun xboleh buat banyak keja sangat, sakit  :'( *nangis
doakan aku supaya cepat sembuh ya :')

sakit nie penghapus dosa kn? :) *senangkanhatisikit
ok, untuk entri kali nie, mempersembahkan Hari Jubah SMKK..hehe
"TAHNIAH UNTUK SEMUA PELAJAR STPM/SPM 2012 SMKK"

Jom tengok gambar kami :)


 Memel bersama dengan kuihnya, Cik Yann senyum sokmo dan aku yang mengontrol sikittt..hehe



 yang ni Omeng dan Eja comelll :) tengah tunggu budak SPM ambil sijil dulu :)


hehe...muka happy dapat sijil , yang hujung kaler hijau tu klau orang kelas dia panggil dia Santut, entah kenapa,, dia dapat banyak penghargaan, Tahniah Santi :)


ok, yang ni Anik@Siti Nuriani dan yang dua orang tu sdh kenal kan? kalau masih x kenal, naik atas balik !


 ni sahabat sekelas juga..Emong, Lysa dan Cik Midori kiterrr :) yang jubah hijau tu pelajar SPM2012 :) xlupa yang tersipu malu d belakang tu, tutup muka guna kertas hijau tu Abg Risal.. abg knonnn..


Banner kami :) hehe.. teringat pulak banner kakak2 dan abg2 tahun lepas.. memang cemerlang dorang..
dulu2 just terbayang-bayang ada banner untuk kami..dan sekarang..taraaaaaa untuk kita :) 
walaupun  tidak sehebat dorang yang dulu..hehe
TERIMA KASIH CIKGUUU !!!


muka-muka happy :)


kakakku, aku dan makku@diva hatiku..aisehh


yaaa..itu diaa..*aku...gambar kabur..ada gegaran kali kan? hehe


hah, ni la lelaki kami...bukan laki kami :) dengan Cikgu Mustari :)
Ridhwan xda... :'( 


ya Allah...rinduuu dengan kamu semua :) 


yang sebelah aku tu mommy kami@guru kelas, cikgu Sulaha dan cikgu Siti :)


ehhh, ehhh, peace bebeh :) Junjun buat apa tu ? Najib smile maluuu :)




 sahabat baik, terbaik aku :) sweet Farah dan Anik :) kita sahabat sampai syurga kan? hehe..
in syaa Allah :)


inilah dia...geng KC..kami belajar berkumpulan sesama :) 
terima kasih Sahabatku :) TAHNIAH !!


yeahh, STPM2012..the best..peace!

kita akan membawa haluan masing-masing :'(
jaga diri, jaga iman dan jangan lupa kawan..cehh
*emo
haha..happy dengan kamu :)
nanti ada masa kita jumpa lg...jangan sombong...
kalau aku sombong...tegur k? 
kalau aku x tengok kamu @ xperasan kamu, tegur jak ya?
bukan sombong, tapi rabun sangattt...xboleh tengok kamu jauh2..
dekat baru boleh nampak :)
sayanggg kamu :) 

tu semua sahabat2ku...hari jubah kami..hehe
nanti kita jumpa lagi di lain entri k? in syaa Allah
Assalamualaikum :)
      

Ahad, 28 April 2013

Menghapus Jejakmu :)

 Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahu Akbar. Allahuma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad. Bismillahirrahmanirrahim :)

Assalamualaikum :)
Ok, untuk entri kali nie, aku nak ubah lagu sikit..hehe
bukan ubah liriknya tapi hanya ubah maksud "tersirat" mengikut perubahan seseorang yang dahulunya jahil dan kini berhijrah sedikit demi sedikit :)
JOM NYANYI !




Lirik Lagu Menghapus Jejakmu - Peter Pan  
1,2....mula ~

Terus melangkah melupakanmu
lelah hati perhatikan sikapmu
jalan pikiranmu buatku ragu
tak mungkin ini tetap bertahan

'-mu' dalam lagu ni aku ubah maksudnya jadi "diri seseorang yang jahil"

Perlahan mimpi terasa mengganggu
kucoba untuk terus menjauh
perlahan hatiku terbelenggu
kucoba untuk lanjutkan itu

'mimpi' ubah maksudnya jadi "kegelisahan@tidak tenteram"

Engkau bukanlah segalaku
bukan tempat tuk hentikan langkahku
usai sudah semua berlalu
biar hujan menghapus jejakmu


'engkau' ubah maksudnya jadi "kejahilan yang dulu"
'hujan' ubah maksudnya jadi "petunjuk@penghijrahan"

Lepaskan segalanya
lepaskan segalanya


'lepaskan segalanya' ubah maksud jadi "larilah dari kejahilan dan berhijrahlah"

nanananana
nanananana
nanananana
nanananana
nanananana
nanananana

dan teruskan menyanyi~~~~ 
*jangan terlalu kuat nanti orang marah

mungkin bagi sesetengah orang, 
sebuah lagu tu mempunyai maksud tersirat yang hanya menjurus kepada cinta kekasih semata-mata...

tapi tidak semua orang mempunyai perspektif yang sama.. 
lagu boleh menjurus kepada perubahan manusia dan sebagainya.. 
bagi aku, lagu nie aku juruskan kepada perubahan manusia :) 
sama-sama kita berubah wahai sahabat :)
*tapi perubahan yang baik, ok?
hehe...jumpa lain kali di entri yang lain :)
terima kasih sebab sudi luangkan masa di entri ni :)
Assalamualaikum :)

Jumaat, 12 April 2013

Jodoh Dan Ajal

Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahu Akbar. Allahuma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad. Bismillahirrahmanirrahim :)


gambar sekadar hiasan :)
         
             Kau cinta pertamaku dan aku cinta pertamamu..tersenyum sendiri bila dikenangkan zaman cinta-cinta ni..aku mula bercinta semasa tingkatan 2 (2007) dan bercinta dengan budak TAHUN 6 . Tua muda cintaku... aiseh..biasalah, masih budak-budak masa tu.. dating pun x bercakap dan senyum-senyum jak..haha..sangat romantis (lahhsangattt) dan masih belum matang. Budak Papar lelaki tu. Boleh percaya? hubungan tidak la terlalu lama tapi masih dalam ingatan :') sekarang aku lepasan STPM dan dia (budak lelaki tu) lepasan SPM.. cepatnya masa berlalu...
     
              Sekarang barulah aku perasan jahilnya aku yang dulu... Sekarang aku sudah dewasa.. Semua berubah.. Aku bukan budak-budak lagi..."saya ok,saya dah besarrr".. In syaa Allah.. Kalau ada jodoh, kahwin la dengan sesiapa yang ditentukan oleh Allah.. hehe.. Ibubapa lagi penting buat masa ni.. Aku mesti belajar dan gembirakan ibu bapaku dahulu.. Memperbaiki diriku termasuklah ibadahku untuk persediaan.. Ajal maut di tangan Allah... Itu lebih penting kerana mautlah yang paling hampir dengan kita sebenarnya.. Persediaan mana yang kita patut pilih Jodoh atau Ajal ? bagi aku persediaan untuk menghadapi mautlah yang patut kita pilih..
macam mana dengan kamu?
Kenapa sibuk cari cinta ?
Takut jadi andartu @ bujang terlajak? tapi mungkin yang baca entri masih muda bha kaaaaan?
Macam mana kalau tidak sempat bercinta, maut mendahului walhal amal belum cukup?
tua bukan syarat manusia menghadapi maut ok~ ada jgk yang meninggal muda~
macam mana klau "dating" dan tiba-tiba ajal datang? naaaaananaaannn~
Tidak takut ka kalau itu terjadi ?
Bercinta selepas nikah ni bagus jgk kan ?
Tetapi ramai jgk tidak setuju..
dan yang tidak setuju tu mungkin tengah bercinta sekarang, kan? hehe..
Terpulanglah kepada diri kita sendiri :) dan aku tidak menyalahkan sesiapa ~
mesti ada yang cakap "ini semua poyo" "bajet Islamic konon" kn? haha
xpalah, mulut anda hak anda :') 

Apa-apa pun, aku masih belum cukup ilmu membahas soal ini dan tidak berpengalaman sangat.. Aku hanya cakap berdasarkan pandanganku pandanganku pandanganku dan mungkin pandangan kita tidak sama. 

Kesimpulannya(lama sudah xguna perkataan ni), Allah Maha Mengetahui, 
kita hanya merancang dan Dialah yang menentukan.. 
Bila sampai masanya nanti, Allah akan tunjukkan yang terbaik untuk kita masing-masing.. 

''Seseorang perempuan yang tidak di sangka-sangka dipinang orang kemudian berkahwin dan perkahwinannya kekal sehingga ke anak cucu. .Itulah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Begitu juga seorang yang sudah lama bercinta dan berjanji untuk untuk berkahwin namun mereka gagal berkahwin, juga dikatakan sebagai jodoh pertemuan itu di tangan tuhan."

hehe..(senyum sendiri bila ckp pasal jodoh dan cinta manusia ni..)
Aku pun manusia biasa jgk, tidak sempurna..kn?
maafkan aku kalau aku salah :'(
Nasihati aku kalau-kalau ada yang salah..
Assalamualaikum :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...